Hari ini saya ingin menulis berkenaan pengurusan projek dan kaitannya dengan bisnes start-up.
Pertama sekali bila berkata soal projek, ia adalah bermaksud satu tugasan atau perancangan yang ada tempohnya. Ia adalah berlawanan dengan operasi iaitu tugasan-tugasan yang dibuat berterusan. Projek mempunyai jangka hayat dan tempoh di mana ia perlu diselesaikan.
Apabila kita ingin memulakan bisnes, lazimnya kita akan bermula dengan bisnes start-up. Dan strategi dan perancangan yang dibuat adalah berdasarkan tempoh 6 bulan. Ia juga mempunyai sumber kewangan yang terhad. Jika perancangan untuk 6 bulan tidak menjadi maka ia akan ditukar dan dicuba selama 6 bulan lagi. Sekiranya ia masih mempunyai dana atau pemegang saham atau pelabur masih sanggup mengeluarkan wang lagi untuk menampung projek start-up tersebut.
Oleh itu, perancangan 6 bulan ini harus dilaksanakan dalam kerangka sebuah projek dan pengurusannya juga perlu dibuat sebagai sebuah projek di mana matlamat, skop, kos dan tempohnya telah ditetapkan. Skop pencapian untuk tempoh yang ditetapkan itu juga perlu jelas.
Sebuah bisnes start-up adakalanya mempunyai strategi dan perancangan yang betul. Namun gara-gara pengurusan perlaksanaan strategi dan perancangan yang tidak cekap menyebabkan bisnes start-up itu dianggap tidak boleh diteruskan.
Artikel ini diambil dari blog PTS HIR Consulting
No comments:
Post a Comment