Tuesday, January 15, 2013

Pengurusan Projek 3 - Pengurusan Masa

Masa merupakan salah satu daripada tiga kekangan (constraints) untuk sesuatu projek. Selain masa, dua lagi kekangan ialah kos dan kualiti atau spesikasi.

 Oleh itu pengurusan masa untuk sesuatu projek adalah penting. Beberapa soalan yang boleh anda tanya pada diri anda untuk memastikan adakah anda sedang menguruskan masa anda dengan efisien.

Antaranya ialah:

  1. Adakah anda menghadapi kesukaran menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan(deadline)?
  2. Adakah anda mempunyai prosedur bagaimana menghadapi gangguan(interruptions)?
  3. Adakah anda mempunyai prosedur untuk kerja-kerja routine?
  4. Adakah pencapaian tugasan anda lebih atau kurang dibanding 3 bulan yang lepas? 6 bulan yang lepas?
  5. Adakah anda sedang melakukan kerja-kerja yang sebenarnya boleh dilakukan oleh orang bawahan(subordinate) anda?
  6. Adakah anda mempunyai senarai "List-to-do"? Jika ada, adakah anda memprioritikan tugasan dalam senarai tersebut?
Itu adalah antara soalan-soalan yang anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri. Dari jawapan-jawapan anda itu, anda sendiri akan tahu adakah anda sedang menguruskan masa dengan baik.

Selain itu soalan-soalan seperti di bawah juga akan membantu:

  1. Apakah yang sedang anda lakukan yang tidak perlu anda lakukan sebenarnya?
  2. Apakah yang anda sedang lakukan yang boleh dilakukan dengan lebih baik(efisien) oleh orang lain?
  3. Apakah yang anda lakukan sekarang yang boleh dilakukan sama baik oleh orang lain?
  4. Adakah anda telahtentukan prioriti yang betul untuk tugasan-tugasan anda?
Untuk menguruskan kekangan masa aktiviti dan tugasan di dalam projek, cara yang terbaik ialah membuat perancangan yang rapi di awal projek dan mempunyai sistem pengawalan yang baik semasa perlaksanan projek.

1 comment:

  1. Apa kaedah yang praktikal untuk menentukan masa bagi melaksana aktiviti yang dirancang?
    www.pengurusanprojek.com

    ReplyDelete