Salah satu cabaran kepada seorang pengurus projek ialah ialah memastikan projek yang diuruskan mencapai matlamat dan kualiti dengan bajet atau kos yang telah ditetapkan.
Pengurusan kos bermula dari mula merancang lagi iaitu menentukan kos-kos yang terlibat dengan perlaksanaan projek. Setiap tugasan perlu mempunyai anggaran kos setepat yang mungkin.
Mendapatkan sebutharga tentatif adalah satu cara yang baik untuk mendapatkan anggaran kos. Selain itu boleh digunakan harga dari projek yang lampau (namun yang tidak jauh tarikhnya) untuk mendapatkan anggaran kos. Jika menggunakan kaedah haruslah berhati-hati dan pastikan yang anda telah memasukkan peningkatan kos disebabkan inflasi dan sebagainya.
Kos untuk sesebuah projek datangnya dari kos material, servis, penggunaan alatan dan sumber manusia. Mempunyai SOP (standard operating procedure) adalah satu cara memastikan kos boleh di kawal. Selain itu, pengurusan dan pengawalan kos boleh dilakukan dengan mendapatkan kemaskini status projek (masa, kos dan prestasi) secara berkala.
Perbelanjaan untuk sesuatu tugasan mestilah dibandingkan dengan kemajuan tugasan tersebut. Contohnya sekiranya tugasan itu kemajuannya ialah 50%, maka perbelanjaan untuk kos juga semestinya di sekitar 50% juga. Sekiranya ada perbezaan yang ketara pastikan anda mendapat penjelasan dan berpuashati dengan penjelasan tersebut.
No comments:
Post a Comment