Sunday, January 13, 2013

Komponen Pengurusan Projek 1


Apabila kita bercakap tentang pengurusan projek kita juga akan perlu bercakap tentang pengurusan manusia. Pengurusan projek merangkumi tujuh (7) komponen yang penting iaitu:

  1. Pengurusan Skop
  2. Pengurusan Kualiti
  3. Pengurusan Masa
  4. Pengurusan Kos
  5. Pengurusan Sumber (Resources)
  6. Pengurusan Komunikasi
  7. Pengurusan Risiko
 Pengurusan skop adalah berkaitan menguruskan projek agar sesuatu projek itu dapat mencapai objektif dan matlamat di dalam skop kerja yang diberikan. Apakah perbezaan di antara skop dan objektif atau matlamat? Kita lihat contoh satu projek menghasilkan website. Objektifnya ialah memberitahu komuniti online tentang kehadiran sesebuah syarikat dan produknya dan mendapatkan trafik sebanyak 500 orang sehari. Manakala skopnya ialah menggunakan website yang berasaskan Joomla dan websitenya perlu interaktif.

Banyak ketikanya di mana objektifnya jelas  tetapi skopnya terlampau luas. Selalunya pelanggan akan meminta dahulu proposal. Proposal yang diterima akan menjadi skop untuk projek tersebut.

Bersambung...

Wednesday, January 9, 2013

Pengurus Projek Yang Bagaimanakah Anda?

Pernahkah anda bertemu dengan Pengurus Projek yang berkata seperti ini, " Saya di sini untuk memastikan projek ini dilaksanakan mengikut tempoh dan bajet yang telah ditetapkan. Saya di sini bukan untuk menghabiskan masa. Begitu juga dengan tuan-tuan semua. Tumpukan perhatian kepada kerja tuan-tuan dan pastikan kejayaan projek ini." Ini adalah contoh pengurusan secara ekstrovert. Pengurusan gaya ekstrovert  ketuanya agresif dan lebih kepada "purpose-driven" daripada "people-driven".

Pengurusan yang bersifat introvert pula, ketuanya kurang agresif dan lebih pasif. Mereka lebih suka membina pehubungan.

Menurut satu kajian oleh pengkaji Daniel Ames dan Francis Flynn, sikap assertif adalah salah satu dari perkara utama pada keupayaan seorang pemimpin/ketua untuk mencapai matlamat. Walaubagaimanapun, mereka juga mendapati kebiasaan manusia melihat kepada perkara negatif menyebabkan ramai merasa kos untuk menjadi assertif  adalah selalunya lebih besar dan berat dari kebaikan yang didapati dari menjadi assertif.

Sebagai seorang pengurus projek, sejauh manakah anda mesti bersikap assertif.  Adakah anda perlu menjadi sangat assertif atau kurang assertif? Semuanya bergantung kepada tempoh dan juga berapa besar projek tersebut.

Sebagai contoh, projek yang tempoh siapnya singkat  memerlukan anda bersikap assertif. Tidak ada masa untuk beramah mesra dan mengenali ahli-ahli tim anda. Manakala projek yang besar skopnya, ramai ahli timnya, besar kosnya memungkinkan anda untuk menjadi kurang assertif dan mengaplikasi pengurusan yang berteras "people-driven."

Oleh itu, pengurus projek yang bagaimanakah anda suka? Purpose-driven? People-driven? Pengurusan Ekstrovert? Introvert? Pengurus projek jenis manakah diri anda?